23 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 18, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Lori bawa bahan kimia terbalik di Jalan Sungai Lada

Anggota Bomba Dan Penyelamat ketika membersihkan serpihan serbuk klorin yang tumpah.

LABUAN:Sebuah Lori yang sedang membawa bahan kimia jenis serbuk klorin terbalik menyebabkan bahan kimia berkenaan tumpah di Jalan raya Kampung Sungai Lada, pada petang Jumaat

Kejadian itu menyebabkan laluan itu ditutup seketika bagi membolehkan pihak bomba dan penyelamat membersihkan serpihan tumpahan kimia di kawasan tersebut.

Bagaimanapun dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Labuan, Abdul Rahman Ali berkata seramai 25 anggota bersama dua buah jentera EMRS dan sebuah jentera HAZMAT telah dikerah ketempat kejadian.

“Pihak Bomba Dan Penyelamat telah menerima panggilan tumpahan bahan kimia itu kira kira jam 5.04 minit petang, sebelum anggota bomba dari Balai Bomba Layangan dibantu Balai Bomba Rancha Rancha bersama pasukan HAZMAT dari Balai Bomba Labuan Sentral bergegas ke tempat kejadian”, katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau berkata operasi pembersihan terkawal sepenuhnya kira kira jam 5.54 petang tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini
Turut berada di tempat kejadian dua anggota polis peronda bagi mengawal aliran lalu lintas.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN