30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

LKTNS akan menaja SAFA Daerah Nabawan bermula tahun hadapan: Abdul Ghani

Ghani menyepak bola sebagai tanda rasminya kejohanan itu.

NABAWAN : Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) akan menaja Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Daerah Nabawan bermula tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.46 Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, SAFA Nabawan perlu mempergiatkan lagi mutu sukan bola sepak agar ianya mencapai kejayaan.

” SLDB menaja SAFA Nabawan bermula tahun 2022 memandangkan ramai peserta SLDB terdapat di sini” jelasnya.

Ghani yang juga Pengerusi LKTNS berkata, pihaknya akan menganjurkan kejohanan bola sepak melalui pejabat ADUN dan UPPM Nabawan pada tahun hadapan bagi kategori lelaki dan wanita.

Katanya, ia bertujuan mencungkil dan memilih bakat-bakat baru untuk mewakili SAFA daerah atau SAGA daerah pada kejohanan akan datang.

“Termasuklah mengambil peranan memilih dan mengasah bakat yang ada untuk diketengahkan agar mewakili daerah ke peringkat sukan antarabangsa,

” Selain itu, ianya bertujuan membentuk generasi muda yang aktif bersukan dan mengelak penglibatan ke kancah kehidupan atas pengaruh jenayah dan dadah” katanya.

Ghani dan rombongan bersama AJK Penganjur mengabadikan gambar kenangan dengan dua pasukan yang bertanding pada pembukaan kejohanan itu.

Beliau yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berkata demikian semasa berucap merasmikan kejohanan bola sepak 9 sebelah anjuran KRT dan Kelab Belia Kampung Kebangawong di padang kampung itu hari ini. 

Ghani dalam ucapannya turut menggesa golongan muda agar terus aktif dalam bidang sukan untuk mengekalkan gaya hidup sihat. 

Beliau juga berharap agar ramai pemain dari daerah Nabawan yang berpotensi dapat menunjukkan bakat mereka untuk diketengahkan di peringkat negeri. 

Pada masa sama Ghani mahu menjadikan sukan sebagai wadah memupuk semangat juang yang tinggi bukan sahaja diperingkat kampung dan daerah tetapi ke peringkat antarabangsa.

Katanya, beliau akan bekerjasama memastikan sukan bola sepak di daerah ini mencapai kejayaan.

Walau bagaimanapun katanya, pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) tetap diutamakan bagi mengelak penularan Covid 19 dan varian baru walau pun kerajaan telah membebaskan penganjuran sukan di negara ini.

Sempena kejohanan yang disertai oleh 64 pasukan itu Ghani turut menyumbangkan kewangan bagi pengurusan dan penyediaan hadiah.

Turut hadir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Nabawan Deckson Andipai,

Ketua Daerah Nabawan Ulin Datuk Pamiang, Pemimpin Pembangunan dan Pengerusi Penganjur Sius Sapinggu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN