Hamdan ucap tahniah kepada Suhaili selepas di pilih sebagai Pengerusi Penaja PNN Labuan.
LABUAN: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyalurkan peruntukan bernilai RM 1.28 juta kepada golongan nelayan di pulau ini.
Ketua Pengarah LKIM, Hamdan Mamat berkata peruntukan itu membabitkan pembayaran elaun sara hidup nelayan, projek khas perumahan nelayan, bantuan touch point B40, menaik taraf pusat proses hasil perikanan dan program pembesaran unjam serta membina jeti baharu nelayan.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Negeri (PNN) Wilayah Persekutuan Labuan yang pertama di sini, pada Ahad.
Hamdan berkata Labuan merupakan negeri ke 14 yang mencatatkan secara rasmi seterusnya melengkapkan senarai persatuan di bawah Akta Perikanan 1971.
Pada majlis itu beliau turut menyerahkan ‘Launching Grand’ bernilai RM 50,000.00 sebagai modal permulaan bagi projek projek ekonomi persatuan nelayan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan yang dipilih sebagai Pengerusi Penaja Persatuan Nelayan Negeri (PNN) Labuan berkata penubuhan PNN Labuan merupakan langkah strategik bagi memastikan pembangunan sosio ekonomi warga nelayan Labuan dapat melaksanakan dengan lebih fokas dan menyeluruh.
“Penubuhan PPN ini juga mampu memperkasakan komuniti nelayan dan meningkatkan sektor perikanan Labuan terus berkembang lebih pesat ” katanya.



