TAHNIAH…. Kumpulan pelajar yang menjuarai pertandingan Junior Innovators Competition (JIC) bersama guru yang membimbing pelajar berkenaan.
LABUAN: Labuan International School (LIS) muncul juara pertandingan Junior Innovators Competition (JIC) sempena Karnival STEM Asasi Sains 2020 anjuran Persediaan Sains dan Teknologi Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diadakan baru baru ini.
Pertandingan yang diadakan secara atas talian berikutan COVID 19 telah disertai 24 pasukan mewakili 13 buah sekolah dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Antara lain pertandinmgan ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berkepimpinan sebagai pelindung kepada alam sekitar.
LIS yang menghantar dua kumpulam berjaya disenarai pendek sebagai sepuluh pasukan terbaik sekaligus telah melayakan diri ke peringkat akhir.
Pasukan LIS yang menjuarai pertandingan itu telah diwakili oleh Nurul Iman Ikhsan, Arni Zuryanie Mohd Arzaleigh dan Chen Buo Shen yang dibimbing oleh cikgu Jury Taunson mempamerkan projek yang bertemakan ‘Adible Spoon: Promoting its Usage in Labuan Community’.
Manakala, satu lagi pasukan yang mewakili LIS ialah projek yang mendapat tempat keempat yang bertemakan ‘ To Reduce the Disposal of Used Cooking Oil into the Water Areas of a Village through Gelatin Clarifficarion diwakili oleh Aleeya Marissa Mohamad Syazwuan, Sally Ng Shun Eee dan Darwisy Haziq Zulhairi serta guru penasihatnya, Jennifer Juip Kalip.
Sementara itu, Pengetua Labuan International School, Fadlin Aimuni Binting berharap program seumpama ini akan menjadi platform untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam 4C (collaborative, communication, creativity, critical-thinking).
“LIS berusaha gigih untuk memastikan ruang dan peluang dalam JIC 2020 tidak disia-siakan begitu sahaja. Syabas buat pelajar dan guru yang terlibat,”katanya.