KOTA KINABALU: Lima ADUN Umno Sabah keluar parti dan bersama tiga bekas ahli Warisan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Selasa.
Mereka berlima ialah Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Jasni Daya (Pantai Dalit), Datuk Arshad Bistari (Tampasuk) dan Datuk Hamid Awang (Balung).
Mereka adalah antara enam Adun Umno Sabah yang enggan menjadi sebahagian daripada cubaan untuk menggulingkan Hajiji pada Januari tahun ini.
Tiga ahli Adun Warisan yang mengumumkan keluar parti awal bulan ini juga mengumumkan keahlian PGRS mereka.
Mereka ialah Azlinah Ariff (Kunak), Ben Chong Chen Bin (Tanjung Kapor) dan Mohammad Mohamarin (Banggi).