JOHAN….. pasukan LIGC ketika beraksi di padang golf LIGC
LABUAN: Labuan International Golf Club (LIGC) berjaya menewaskan Labuan Golf Club (LGC) dalam Kejohanan Interclub LIGC vs LGC yang berlangsung selama dua hari pada Sabtu dan Ahad.
Kejohanan yang diadakan secara timbal balik 36 lubang itu menyaksikan LIGC berjaya mengumpul 3,221 pukulan berbanding LGC yang mengumpul 3,352 pukulan.
Sementara itu, pemain muda LGC, Mohd Zariq Encho muncul johan individu Gross dengan mencatatkan 157 pukulan, naib johan dimenangi oleh pemain LIGC, Ismail Piei (160 pukulan), tempat ketiga dimenangi Benedik Bakri Awang dari LIGC (164 pukulan ) dan tempat keempat Arif Azil Teo dari LGC (166 pukulan).

JOHAN… kategori Gross Mohd Zariq (kanan) bersama rakannya dari LGC.
Bagi kategori Nett johan disandang oleh pemain dari LIGC, Mohd Sharif Md. Din (139 pukulan), naib johan Jericho Datuk Donald juga dari LIGC (142 pukulan), tempat ketiga Tai Hong Hai dari LGC (144 pukulan) dan tempat keempat dimenangi oleh Mohd Ismit Farizal dari LIGC (145 pukulan).
Pasukan LIGC diketuai oleh Golf Kapten, Md Japar Ahmad, manakala pasukan LGC diketuai oleh Presidennya Datuk Haji Gapilin Nasaruddin.
Sementara itu majlis penyampaian hadiah di sampaikan oleh Datuk Haji Gapilin selaku tuan rumah yang diadakan di pentas terbuka Labuan Golf Club sejurus tamat kejohanan pada Ahad.



