Gambar atas- Antara Lepasan SPM di Ranau yang menyertai program itu.
RANAU: Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disaran supaya bijak menentukan hala-tuju masing-masing untuk membina kehidupan cemeralang masa depan.
Penceramah Motivasi Modal Insan Malaysia, Prof.Madya Edwin Laimin berkata, para
pelajar yang belum memilih bidang pada masa hadapan atas alasan belum dapat keputusan peperiksaan SPM kena bijak merancang masa depan yang hendak diceburi.
“Kita berdoa agar adik-adik pelajar yang hadir pada pagi ini akan memperolehi keputusan yang cemerlang SPM tahun ini sebagai tiket melangkah masuk ke Tingkatan Enam “, jelas Edwin ketika menyampaikan Ceramah Motivasi kepada112 orang pelajar lepasan SPM di Dewan Masyarakat Ranau pagi tadi.
Prof.Madya Edwin menegaskan kepada pelajar agar tidak mudah putus asa jika sekiranya keputusan peperiksaan SPM kurang memuaskan, sebaliknya cuba berusaha mengikuti kurus, Seminar atau bengkel kemahiran yang positif sebagai langkah membina kehidupan masa depan sendiri tanpa bergantung terhadap sumbangan daripada kedua ibu bapa.
Turut berucap pada program itu ialah, Pengerusi penganjur, Mohd.Azwan Bin Nawawi dan dihadiri Staff Best Prestige Educare Malaysia selaku penganjur program tersebut yang buat julungkalinya diadakan di Ranau sebelum ke program seterusnya di semua daerah di Sabah dalam masa terdekat.
             Â