32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki terima padah anjur Majlis Pertunangan ketika PKPB

SUPT. Ahmad Jawila (gambar)

Oleh: JAINUDIN DJIMIN

LABUAN : Seorang lelaki tempatan menerima padah apabila ditahan polis  kerana disyaki menganjurkan majlis keramaian (pertunangan)  yang dihadiri lebih 20 orang berhampiran Jalan Tuanku Sharif Kedah di sini  ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan  Labuan, Superitendan  Ahmad Jawila berkata lelaki berusia 46 tahun  itu ditahan pada 8.30 malam setelah polis menerima rakaman video berdurasi 14 saat mengenai majlis itu yang tular di media sosial dengan kehadiran tetamu melebihi 20 orang  yang tidak memakai pelitup muka serta tiada penjarakam sosial.

INGKAR SOP……video majlis pertunangan yang tular di media sosial berjaya dikesan polis.

“ Pihak polis yang menerima maklumat video tular tersebut  menjalankan siasatan lanjut dan berjaya mengesan penganjur serta membuat tangkapan” katanya di Ibu Pejabat Polis  Daerah (IPD) Labuan,  pada Isnin.

Ahmad berkata lelaki terbabit disiasat kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB iaitu kesalahan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan  Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit  (PPPB) pindaan 2021 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara  hingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN