26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

LELAKI TEMPATAN DITAHAN POLIS BERSAMA DADAH JENIS SYABU

RANAU: Polis daerah ini berjaya menahan seorang lelaki tempatan dan merampas dadah jenis Syabu dalam sebuah kenderaan, dekat Kampung Lohan, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden (DSP) Simiun Lomudin, berkata dalam kejadian 2.30 petang itu, semasa anggota unit kereta peronda (MPV) sedang bertugas membuat rondaan sekitar kawasan Kampung Lohan, telah terserempak dengan sebuah Proton Saga yang diletakkan di tepi jalan behampiran sebuah kedai hardware.

DSP Simiun Lomudin, Ketua Polis Daerah Ranau

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki berada di dalam kenderaan tersebut dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut yang dilakukan dua anggota polis, Koperal Bonney Edwin dan Lans Koperal Abdul Hafiz Abu Bakar telah menjumpai satu penyedut berwarna biru mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu yang disembunyikan dalam kotak rokok.

“Suspek berumur lingkungan 30an telah ditahan dan barang kes dirampas seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Ranau untuk tindakan lanjut,” katanya kepada media semalam.

Menurut beliau tangkapan telah dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ranau untuk saringan awal air kencing.

RAMPASAN…barang kes yang dirampas daripada suspek

“Hasil keputusan saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ‘methaphetamine’.

“Suspek telah ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” jelasnya.

Dalam pada itu, Simiun memandang serius kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini dengan mempergiatkan lagi operasi dari masa-ke semasa.

Beliau juga menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan dan pengedaran dadah kerana kesannya sangat buruk kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN