Mangsa ditemui selamat
LABUAN:Seorang lelaki tempatan yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak keluar menjala (merambat) ikan di pantai Layangan tengahari kelmarin ditemui selamat awal pagi ini (Sabtu).
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) wilayah Persekutuan Labuan dalam satu kenyataan berkata mangsa dijumpai selamat di sekitar pantai Kampung Sungai Labu oleh orang awam pada jam 2.18 pagi.
Mangsa yang dikenali sebsgai Norazrul Nordin, 26 tahun seterusnya dibawa ke Hospital Labuan untuk rawatan lanjut.
Sebelum itu, JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 7.06 malam semalam (Jumaat) dan bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat yang turut melibatkan anggota Polis dan Anggota Pertahanan Awam (APM) dan orang awam.



