TALI yang dipercayai digunakan untuk menggantung diri oleh mangsa
LABUAN: Seorang lelaki tempatan berumyr 24 tahun ditemui mati disyaki membunuh diri dengan menggantung diri di kediamanya perumahan Kampung Pohon Batu, pada Jumaat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.35 pagi Khamis mengenai kejadian seorang lelaki dipercayai membunuh diri dengan menggantung diri di salah sebuah pagar pintu rumah berkenaan.
Bagaimanapun katanya, ketika pihak polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa telah diturunkan oleh kleluarganya.
“Manakala tali yang dipercayai digunakan mangsa masih kelihatan tergantung di pagar pintu belakang rumah berkenaan” katanya dalam stu kenyataan media di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata, kali terakhir mangsa dilihat oleh ahli keluarganya pada jam kira-kira 9.30 malam pada Khamis lalu.
Sementara itu, pasukan forensik Hospital Labuan yang dipanggil di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia
Menurut Ibrahim, tiada sebarang kecederaan fizikal ditemui terhadap mangsa dan mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tujuan bedah siasat.
“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya.



