27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki Dirakam CCTV Buat Serangan Seksual Ke Atas Seorang Wanita

TINDAKAN seorang lelaki yang melakukan serangan seksual terhadap seorang pejalan kaki wanita di satu kawasan kaki lima di Brooklyn, Amerika Syarikat berjaya dirakam kamera CCTV.

Menurut Daily Mail, serangan tersebut telah berlaku sekitar jam 8.10 malam waktu tempatan pada hari Isnin di kawasan Williamsburg di Brooklyn.

Menurut pihak polis, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 35 tahun, sedang berjalan-jalan pada ketika itu sebelum seorang lelaki mula mengekorinya.

Dia dilaporkan menyedari kehadiran lelaki tersebut di belakangnya dan mula menukar laluannya dari Morga Avenue ke Stagg Street. Pun begitu, lelaki tersebut terus mengekorinya, seperti yang dilihat dalam video CCTV yang dikeluarkan oleh pihak polis NYPD pada Khamis lalu.

Rakaman tersebut memaparkan penyerang yang tidak dikenali itu berlari dan terus melompat ke arah mangsa dari belakang, menyebabkan mangsa hilang imbangan dan terjatuh tertiarap ke atas lantai.

Pihak polis menyatakan bahawa lelaki itu telah menghempap wanita berkenaan, memasukkan tangannya ke dalam seluar pendek mangsa dan meramas punggungnya sebelum melarikan diri.

Wanita berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Suspek digambarkan berketinggian 5 kaki 5 inci dan berat sekitar 165 paun, dengan rambut pendek dan berwarna hitam. Dia kali terakhir telah dilihat memakai kemeja -T hitam, seluar camo hijau dan kasut hitam, dengan topeng muka hitam di dagunya.

Sumber: Daily Mail

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN