24 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki cedera, tunggang motor lawan arus jalan dan bertembung kereta sedan

Keadaan motor dan kereta jenis sedan selepas terlibat kemalangan di Jalan Kota Kinabalu – Papar, pada Ahad.

Oleh: Mirlen Axtius

PENAMPANG: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas motosikal yang ditunggangnya secara melawan arus jalan bertembung dengan sebuah kereta jenis sedan dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Kota Kinabalu – Papar berhadapan Kem Lok Kawi Putatan, baru baru ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihak ibu pejabatnya telah terkesan sebuah video tular berdurasi 27 saat yang dimuatnaik di rangkaian media sosial yang memaparkan kejadian kemalangan tersebut.

“Hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian, mendapati penunggang motosikal yang ditunggang secara melawan arus bertembung dengan sebuah kereta.

“Akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal telah mengalami kecederaan dan telah di bawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk rawatan lanjut.

“Manakala, pemandu kereta sedan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Dalam pada itu, Sammy berkata, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambah beliau, orang awam turut dinasihatkan supaya tidak menularkan video tersebut bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam dan menjaga sensitiviti keluarga mangsa kemalangan jalan raya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN