29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki cedera tertembak diri sendiri semasa memburu

CEDERA….keadaan mangsa yang tertembak diri sendiri. (Gambar Polis)

NABAWAN: Seorang pemuda berumur 28 tahun tertembak diri sendiri semasa memburu di kawasan kebun berhampiran Kampung Panganitan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Supritendan Yampil Anak Garai yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihak polis dimaklumkan oleh staf di Klinik Kesihatan Nabawan bahawa satu pesakit lelaki telah dirujuk kepada mereka dengan kecederaan di tangan dan dada sebelah kiri akibat tertembak diri sendiri pada Isnin lebih kurang jam 2.53 petang.

Katanya, hasil siasatan mangsa telah keluar memburu payau pada Ahad jam lebih kurang 4.00 petang di kawasan kebun Kampung Panganitan dengan berjalan kaki dan membawa selaras senapang “bakakuk” buatan sendiri.

“Kawasan yang dituju oleh mangsa adalah kawasan yang cuma berjarak lebih kurang tiga kilometer dari kawasan kampungnya (30 minit dengan berjalan kaki) dan bergerak solo tanpa ditemani oleh sesiapa.

Ketika sedang berjalan menuruni kawasan cerun bukit, mangsa telah tergelincir menyebabkan picu “bakaluk” telah terganggu dan mengakibatkan letupan yang mengenai tangan kiri dan dadanya” katanya.

Berikutan kejadian itu katanya, mangsa terbaring dalam keadaan kesakitan dan mengikat lengan sebelah kiri bagi mengelakkan pendarahan yang lebih banyak.

Jelas Yampil, abang kandung mangsa merasa risau dengan adiknya yang tidak pulang ke rumah sejak keluar berburu dan mengambil keputusan untuk keluar mencari mangsa di kawasan hutan dan telah menemuinya di dalam kawasan hutan dalam keadaan lemah.

Abang mangsa kemudian bertindak membawa adiknya ke Klinik Kesihatan Nabawan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut keterangan mangsa, senapang “bakakuk” tersebut telah diwariskan oleh neneknya sejak dua tahun lepas untuk tujuan menjaga kawasan kebun mereka dari serangan babi hutan.

Kecederaan mangsa terkesan pada jari tangan kiri (4 jari terputus) / patah tulang rusuk kiri dan 1 biji anak peluru masih berada di tulang rusuk serta 3 biji berada di lengan kiri.

Keadaan mangsa adalah stabil dan masih ditahan di dalam wad Hospital Keningau untuk pemantauan rapi. Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN