Jonathan (tiga kiri) ketika melepaskan 170 peserta Fun Ride (berbasikal).
RANAU: Acara ‘Fun Run’ sempena Hari Sukan Negara peringkat Pantai Barat Sabah di padang Majlis Daerah Ranau (MDR), mendapat sambutan menggalakkan daripada lebih seribu peserta.
Selain peserta Fun Run, seramai 170 orang lagi menyertai ‘Fun Ride’ (Berbasikal) sempena program itu yang dirasmikan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin.
Jonathan yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau dalam ucapannya, memuji Jawatankuasa penganjur khususnya Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Bahagian Pantai Barat, kerana berjaya mengelola perogram tersebut dengan memilih daerah Ranau sebagai lokasinya tahun ini bagi memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk bertemu
secara fizikal selepas
pendamik Covid-19 melanda sejak dua tahun lepas.
“Program ikonik Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang dijalankan secara serentak seluruh negara ini, adalah untuk melahirkan budaya rakyat yang peka dengan kepentingan bersukan demi kesihatan yang berterusan”, jelas Datuk Jonathan.
Menurutnya, objektif Hari Sukan Negara adalah untuk merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian Belia dan Suka Malaysia bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan menjadi budaya hidup dalam kalangan masyarakat seterusnya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan untuk mewujudkan rakyat yang cergas dan aktif memupuk serta menyamarakkan semangat perpaduan menerusi sukan dikalangan rakyat pelbagai kaum sekaligus menggalakkan pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan, meningkatkan serta memberikan pengetahuan sukan kepada rakyat Malaysia diperingkat akar umbi.
Turut hadir dan berucap ialah, Pegawai Daerah Ranau, Jumain Bin Abd.Ghani mewakili Jawantankuasa penganjur dan para peserta merakam penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Datuk Jonathan untuk merasmikan program tersebut.
             Â