27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

“Lebih baik tarikh bersejarah ini jangan terbuku di hati rakyat Sabah” – Hajiji

Hajiji ketika temu bual khas sempena Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Sabah dan Hari Malaysia 2024

KOTA KINABALU:   Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyifatkan sambutan serentak Hari Sabah dan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini sebagai langkah kerajaan mengukuhkan institusi kenegaraan.

Dalam temu bual khas sempena Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Sabah dan Hari Malaysia 2024 Hajiji menyatakan, setelah menubuhkan Malaysia 61 tahun lepas, buat julung kalinya Sabah akan meraikan hari bersejarah selepas kerajaan negeri bersetuju mewartakan sambutan Hari Sabah. “Hari Sabah merupakan satu hari yang paling bersejarah bagi negeri ini 

kerana pada tarikh tersebut sepatutnya Sabah sudah bersama-sama menubuhkan kerajaan Malaysia

“Sebenarnya,  31 Ogos itu kita sudah diberi kebebasan memerintah sendiri oleh penjajah ketika itu kerajaan British tetapi, kerana ada beberapa masalah teknikal maka kita menunggu 16 hari kemudian untuk dapat menubuhkan kerajaan Malaysia,” katanya. 

Mengulas lanjut berkaitan sambutan tersebut, ujar beliau, perkara itu turut dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapat dukungan penuh  daripada kerajaan persekutuan.

“Hari Sabah mesti kita raikan supaya rakyat mengingati sejarah ini dan saya telah maklumkan YAB Perdana Menteri mengenai perkara ini jadi beliau menyatakan kita tiada masalah.

“Lebih baik tarikh yang bersejarah ini jangan terbuku di hati rakyat Sabah…lebih baik kita raikan bersama kerana bagi saya langkah ini boleh mengukuhkan institusi kenegaraan Malaysia.

“Inilah tujuannya kita meraikan tarikh bersejarah Hari Sabah bersama dengan Hari Kebangsaan, ia bukanlah untuk menggantikan hari kebangsaan tetapi untuk kita sama-sama memeriahkan sambutan.


“Saya juga beritahu rakan-rakan dalam kabinet bahawa kita mesti mengutamakan kepentingan negara jadi, kita raikan bersama tiada isu atau tujuan lain-lain itu tidak boleh,” dedah  beliau.


Mengenai persiapan Sabah sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September depan, Hajiji memaklumkan, persiapan tersebut melibatkan beberapa 

agensi persekutuan dan negeri menerusi mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

“Pada tahun ini, Sabah akan menjadi tuan rumah merayakan Hari Malaysia setelah tahun lepas diadakan di Kuching Sarawak.


“Bagi saya, Hari Malaysia ini cukup bersejarah dan mesti diraikan kerana pada tarikh inilah negara kita ditubuhkan.

“Jadi,selain daripada Hari Kebangsaan, Hari Malaysia mesti diraikan oleh rakyat sama ada di Sabah, Sarawak dan di Semenanjung…kita kena bagi keutamaan kepada Hari Malaysia,” jelasnya.

Hadir sama pada temubual terbabit ialah Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Publisiti Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Sabah dan Hari Malaysia 2024; Ketua Biro Bernama Sabah, Fadzli Ramli dan Ketua Penyunting Berita Ehwal Semasa RTM Sabah, Miriam Ajem./Penerangan-

Show quoted text

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN