33 C
Kota Kinabalu
Selasa, Disember 5, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 900 ahli Pertubuhan Peladang  Wilayah Persekutuan terima bakul makanan

GAMBAR: SIMBOLIK…. Sophian (dua kiri) menyerahkan bakul makanan kepda Pengerusi PKK Labuan Utara, Bungso Muhamad.

LABUAN: Lebih 900 ahli pertubuhan peladang di Wilayah Persekutuan membabitkan ahli Pertubuhan Pelandang Kawasan (PPK) Labuan Utara, Selatan dan Putrajaya, menerima manfaat bantuan bakul makanan, membabitkan peruntukkan berjumlah RM48,000.00.

Di Labuan, bantuan itu diserahkan oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Sophian Niza Ismail, di perkarangan pejabat LPP Labuan, pada Rabu.

Menurut Sophian,  daripada jumlah itu seramai  870 penerima merupakan   ahli pertubuhan peladang dari Wilayah Persekutuan Labuan yang telah   diagihkan secara berperingkat bermula minggu lalu  melalui ketua-ketua unit Pertubuhan Peladang Kawasan Utara dan Selatan.

“Bantuan itu adalah sumbangan daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), bagi membantu ahlinya yang terkesan dengan pandemik COVID-19.” katanya ketika dihubungi di sini. 

Jelasnya,  bantuan yang diserahkan itu termasuklah bekalan makanan dapur dan kelengkapan harian seperti beras, sayur-sayuran, ayam dan barang keperluan lain.

Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Labuan Utara, Bungso Mohamad dan Pengerusi PPK Labuan Selatan,  Haji. CHemat

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN