DCP Datuk Jauteh (depan tengah) merekam gambar bersama para jemputan dan pelajar yang hadir.
RANAU: Lebih 600 pelajar Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh di sini, telah menghadiri program ‘Back To School’ anjuran bersama SMK.Mat Salleh, Polis Dirajai Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah(JPNS) di Dewan Perdana Sekolah itu pada Selasa.
Program itu telah dirasmikan Timbalan Pesuruhjaya Polis S abah DCP Datuk Jauteh Bin Dikun, sementara pengisian program ialah, Ceramah bertajuk ‘Jenayah Komersial’ disampaikan ASP Helvin Ribus dari IPD Ranau disusuli ceramah bertajuk ‘Hala Tuju Murid’ oleh Maradianah Binti Haji Ibno daripada JPNS.
Datuk Jauteh dalam ucapannya, menggesa pelajar agar bijak merancang kehidupan masa depan sendiri menerusi penumpuan untuk menimba ilmu pendidikan yang dipancarkan guru-guru bertauliah di bangku sekolah yang juga membekalkan pelajar pengetahuan yang positif demi masa depan.
“Kita mengharapkan peluang pendidikan pelbagai kaedah dalam era teklologi maklumat dapat dimanfaatkan pelajar untuk maju kehadapan sehingga ke menara gading (Universiti) sekaligus landasan membina kehidupan masa depan yang sempurna”, jelas Datuk Jauteh yang juga merupakan bekas pelajar SMK Mat Salleh.
“Para pelajar juga penting mentaati dan menghormati kedua ibu bapa sebagai pendidik pertama ketika berada di rumah dan jangan sesekali menghampakan harapan kedua ibu bapa kamu dengan melibatkan gejalah tidak sihat seperti menagih najis dadah, mencuri, merompak dan merosakkan harta benda awam”, tambahny sambil mempromosi kepada pelajar bahawa kerjaya sebagai anggota PDRM satu kerjaya mulia.
Menurutnya memang ramai tidak suka malah membenci jawatan sebagai PDRM kerana kononnya asyik menjatuhkan atau menangkap individu atau kumpulan.
“PDRM memang tegas tidak akan teragak agak untuk bertindak kepada mereka yang didapati melakukan kesalahan jenayah dan sebagainya yang menyalahi undang-undang negara”, tegasnya.
Turut berucap ialah, Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Barizah Binti Mohd.Kahar sementara hadir sama ialah, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP.Simiun Lomudin, para Pegawai PDRM pelbagai pangkat dari IPD Ranau, dari IPK Sabah, guru-guru dan Pengerusi PIBG SMK.Mat Salleh,J.Sham Sundin.
Sempena program itu Datuk Jauteh sempat bersama rombongan diiringi Pengetua SMK.Mat Salleh, Boy Sharif Fuad melawat bilik-bilik darjah yang pernah didudukinya ketika bersekolah di SMK Mat Salleh sekitar tahun 1980-an.



