33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 60 golongan asnaf, kanak terima ‘Duit Raya’ sempena Majlis Aidilfitri MP Ranau

Jonathan(kanan) menyerahkan sumbangan Duit Raya kepada salah satu wakil keluarga asnaf.

RANAU: Seramai 60 ahli kluarga asnaf terima duit raya sumbanganĀ  Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat Parlimen P.179 di Dewan Mini Lohan 1, pada Ahad.

Majlis anjuran Jawatankuasa Biro Agama Islam Pejabat Khidmat Rakyat Palimen Ranau itu telah dihadiri ribuan pendudukĀ  bersama Jonathan yang juga Pengerusi Jawatankuasa KeselamatanĀ  Pilihan Khas (JKPK) Malaysia.

Jonathan dalam  ucapan ringkasnya pada majlis itu menyeru rakyat agar menjadikan majlis rumah terbuka aidilfitri sebagai landasan memupuk perpaduan, persaudaraan dan keharmonian tanpa mengira akaum, agama, idologi dan budaya .

Salah seorang kanak-kanak yang menerima duit raya disampaikan Datin Helena.

“Jadikan sambytan hari raya sebagai elemen penting bagi mengekalkan keharmonian antara kita semua”, jelas Jonathan sambil berterima kasih kepada jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus-lumus serta mempastikan kejayaan dan kelancaran majlis tersebut.

“Kejayaan melaksanakan tugasan masing-masing membantu majlis ini berjalan dengan lancar
serta teratur”, katanya.

Pada majlis itu, Jonathan dan isteri, Helena Masry turut menyampaikan sumbangan ‘Duit Raya’ kepada golongan asnaf dan kanak-kanak yang hadir.

Majlis turut diserikan dengan persembahan lagu-lagu Nasyid oleh para artis jemputan.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN