31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 50 orang penduduk sekitar Kg.Maukab hadir Kursus Ringkas Puncture Tapping

Gambar atas: Chua (kiri) sedang menunjukkan cara ‘Puncture Tapping’ kepada penduduk.

RANAU: Lebih 50 orang penduduk Kg.Maukab dan kampung-kampung sekitar  menghadiri Kursus Ringkas (Puncture Tapping) dan tunjukcara menoreh getah dengan kaedah moden serta
menjimatkan masa dan tenaga.

Kursus tersebut anjuran Pertubuhan Pekebun Kecil Bersatu Sabah, telah dibimbing oleh Pengerusinya, Chua Men Nam, yang juga mantan Ahli  Lembaga  Getah Malaysia .

Beliau mengharapkan melalui program itu memberi manafaat kepada para pekebun kecil getah sekaligus meningkatkan produktiviti mereka.

“Kaedah ini adalah yang terbaik untuk mendapatkan hasilan (turehan) yang lebih baik berbanding  turehan cara lama menggunakan pisau penoreh”, jelas Chua.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda yang turut menghadiri program itu, turut mengharapkan kepada penduduk agar mempraktikkan pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh menerusi kursus singkat tersebut.

“Para peserta amat bertuah kerana berpeluang  untuk menyertai program seumpama ini bagi meningkatkan hasil  pokok getah yang diusahakan”, jelas Benedict.

Hadir sama pada program itu ialah, Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Jaharin Angku yang juga Penyelaras DUN Karanaan.

Kepada yang berhasrat untuk menjadi ahli Pertubuhan Pekebun-Pekebun Kecil Bersatu Sabah, boleh menghubungi Jaharin untuk keterangan lanjut dan mendapatkan Borang Keahlian.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN