RANAU: Lebih 4,000 umat Islam melibatkan 52 kontinjen menyertai Perarakan Maulidur Rasul SAW peringkat daerah bermula dari padang Majlis Daerah Ranau (MDR) melintasi pekan Ranau menuju Dewan Masyarakat daerah pada pagi Sabtu.
Perarakan sejauh 1.5 kilometer itu diketuai Pegawai Daerah Ranau, merangkap Pengerusi Jawatankuasa penganjur program, Jumain Bin Abd.Ghani bersama ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Swasta, NGO, dan para pelajar sekolah.
Setibanya di Dewan Masyarakat para ahli kontinjen mengikuti Ceramah agama yang telah disampaikan Pendkwa Bebas yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar di Tanta Mesir, Shiekh Mohamed Abdel Aziz, di susuli majlis erasmian yang disempurnakan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II, Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun.
Masidi dalam ucapanya, antara lain memuji Jawatankuasa pelaksana kerana berjaya menganjurkan sambutan Maulidur Rasul itu tahun ini dengan penyertaan yang paling ramai walaupun masih dalam suasana andemik bagi mengekang penularan Covid-19 yang masih berada dikalangan masyarakat dunia termasuk Malaysia.

Sheikh Mohamed(kiri) menerima cenderakenangan disampaikan Datuk Amisah dan diperhatikan Dari Kanan: Datuk Haji Faimin, Datuk Haji Amri dan Jumain (dua kiri).2. Antara ribuan masyarakat Islam Ranau yang hadir
“Apapun kita mesti berhati-hati agar tidak dijangkiti Covid-19 dan perlu mematuhi SOP terutama di tempat-tempat tertentu”, jelas Masidi.
Beliau berasa bangga dengan perpaduan rakyat khususnya di daerah Ranau yang memang terkenal dengan kerajinan mengusahakan tanah pertanian selain amat menitik beratkan soal persaudaraan dan keharmonian tanpa membezakan kaum, agama, budaya dan idologi politik.
“Ini terbukti pada hari ini perarakan bukan sahaja melibatkan mereka beragama Islam tetapi disertai bersama oleh saudara kita yang bukan seagama dengan kita, saya sifatkan ini satu perkembangan yang positif membukti kekukuhan perpaduan, persaudaraan dan keharmonian yang perlu dikekalkan.
“Saya turut berbangga dan senanghati kerana penduduk daerah ini, sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan agar mematuhi SOP untuk mengekang penularan Covid-19 yang telah mengorbankan jutaan nyawa manusia seluruh dunia”, tegas Datuk Masidi yang seterusnya mengumumkan hadiah tambahan kepada Kontonjen Paling Jauh sebanyak RM5 ribu yang disandang Kontinjen Surau Kg.Gusi Ulu Sugut manakala Kontinjen Paling Ramai disandang SMK.Kundasang menerima hadiah RM10 ribu sumbangan Datuk Masidi.
Penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul yang bertemakan, ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’ Tahun 1444H/2022 peringkat daerah Ranau disandang oleh Jabay@Jaibie Bin Surugau dari Kg.Kilimu, manakala Tokoh Maulidur Rasul di sandang oleh Jahinin Bin Siman berasal dari Kg.Sumalang Ranau.
Majlis telah diserikan dengan persembahan lagu-lagu Nasyid dan persembahan Pentomin, sementara semua hadiah telah disampaikan ADUN dilantik, Datuk Amisah Binti Yassin mewakili Datuk Masidi yang balik awal meninggalkan majlis atas faktor kesihatan.Hadir sama ialah, mantan Pengarah Jhaeins, Datuk Haji Amri Bin Haji Suratman, mantan Pegawai Daerah Ranau, Datuk Haji Faimin Bin Kamin dan Ketua Polis Daerah Ranau, DSP.Simiun Bin Lomudin dan Ketua Daerah Ranau OKK Muhasip Bin Haji Ruman.