29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 400 sertai Fun Night Walk  KATARU 2023

MOHD Rafi (dua dari kanan) bersama Haji Harun sebelum melancarkan Fun Night Walk KATARU 2023 di perkarangan balai raya Kampung Tanjung Aru.

LABUAN:  Lebih 400 peserta yaLebih 400 sertai Fun Night Walk  KATARU 2023ng membabitkan penyertaan  pelbagai lapisan masyarakat  menyertai Fun Nigt Walk   KATARU 2023 yang diadakan di perkarangan Balai raya Kampung Tanjung Aru, di sini  pada Sabtu.

Program berjalan secara santai sejauh 4 kilometer itu dianjurkan bersama Kelab  Belia Tanjung Aru (KATARU), Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan dan Majlis Belia Labuan (MBL).

Menurut Pengerusi KATARU, Mohd Anas Syazwan   program  diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu katanya, Fun  Night Walk juga merupakan salah satu aktiviti tahunan  yang dinanti-nantikan oleh penduduk setempat kerana ia  bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga dapat merapatkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk dan orang ramai yang datang menyaksikan aktiviti tersebut.

“ Fun Night  Walk yang di adakan pada waktu malam  telah mendapat sambutan yang luar biasa ditambah pula dengan keunikannya dimana setiap peserta akan memakai pelbagai eksesori yang bercahaya dengan pelbagai warna”, katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Turut diadakan pada malam itu, persembahan Silat Seni  Cengkam Harimau Ghaib Malaysia   cawangan Tanjung Aru.

Sementara itu, pada sebelah siangnya dihangatkan lagi dengan pelbagai aktiviti sukan rakyat yang dikendalikan oleh Persatuan Pantaran Biskita.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pertandingan Memasak Nasi Goreng, Pertandingan Masak Ikan Bebas, Pertandingan Merambat dan juga sukaneka untuk kanak-kanak.

Majlis pelancaran Fun Night Walks telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Datuk Ali Hassan.

Hadir sama, Presiden Majlis Belia Labuan (MBL). Nazera Roslan, Penolong Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan, Tracy Tumay Rigar, Ketua Kampung Tanjung Aru, Haji Harun Damit, Ketua Cawangan UMNO Tanjung Aru,Haji Yahya Haji Bakri dan Pengerusi Pantaran Biskita, Amit Hamzani.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN