32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

lebih 400 Ibu Bapa dan Warga Sekolah Jayakan Program Gotong-Royong Perdana SMK Ranau.

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Program Gotong-Royong Perdana, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau pada pagi tadi mendapat sambutan menggalakan daripada ibu bapa serta warga sekolah.

Gotong-royong bermula 8.00 pagi itu disertai kira-kira 400 ibu bapa dan warga sekolah, masing-masing membawa peralatan seperti parang, tukul, mesin pemotong kayu dan sebagainya.

Kerja-kerja membuang ranting kayu

Kehadiran seramai enam anggota Bomba dan Penyelamat dari (BBP) Ranau bersama jentera  yang turut dijemput untuk sama-sama menjayakan gotong-royong itu, menyemarakan lagi semangat ibu bapa.

Selain anggota bomba, ibu bapa turut membantu membersihkan kawasan dataran sekolah menggunakan pancutan air dari jentera milik bomba.

Sebahagian ibu, guru dan murid mencerian kelas

Tinjauan penulis yang turut serta dalam gotong-royong itu mendapati, ibu bapa yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan telah berjaya menyelasaikan tugasan masing-masing.

Sementara itu, Pengetua SMK Ranau, Jamirin Sahamin ketika ditemui berkata, program seperti itu amat bermakna kerana ia bukan sahaja menceriakan kelas dan kawasan sekolah tetapi memupuk kerjasama semua yang terlibat.

Anggota bomba turut menjayakan gotong-royong

“Program seumpama ini juga pastinya akan mengeratkan silaturahim antara ibu bapa dan warga sekolah,” katanya sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa, bomba, warga sekolah dan semua yang terlibat.

Pada program itu, turut diadakan adalah penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2020 kepada pelajar-pelajar SMK Ranau yang layak. –TAMAT

Pengetua (kanan) bersama yang lain ketika kerja-kerja menebang dan memotong ranting pokok
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN