27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 300 pemimpin politik, ketua masyarakat serta komuniti hadiri sesi Townhall & Temu Erat Madani di Labuan

AZMAN menyampaikan sijil penghargaan Kepada Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan, Noor Halim Datuk Zaini yang turut hadir dalam sesi Townhall tersebut.

LABUAN: Lebih 300 pemimpin parti politik, ketua masyarakat serta komuniti setempat hadir pada sesi Townhall & Temu Erat Madani yang diadakan di sini, pada Ahad.

Program lebih dua jam yang dianjurkan oleh parti parti Penolong  Kerajaan Perpaduan itu melibatkan tiga ahli panel yang di ketuai oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin dan dua lagi masing masing Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan dan Ketua Cabang PKR Labuan, Simsudin Sidek.

Antara isu yang dibangkitkan dalam program tersebut termasuklah birokreasi Kerajaan Persekutuan terdahulu  yang menyebabkan beberapa projek tidak dapat dilaksanakan sehingga  pelabur terpaksa menarik diri kerana kelewatan mendapatkan kelulusan.

Justeru itu, Azman berkata di bawah pentadbiran Kerajaan Madani akan berusaha untuk mengurangkan karenah birokreasi khususnya yang melibatkan  Kementerian Wilayah dengan Kementerian Kementerian lain.

“Kerajaan Persekutuan perlu mengkaji semula polisi yang ditetapkan kerajaan secara menyeluruh  bagi mengembalikan  kekukuhan ekonomi Labuan.

“Selain itu Pengerusi Perbadanan Labuan tidak mempunyai suatu kuasa Eksekutif untuk menguruskan Labuan secara keseluruhannya dan ia terpaksa merujuk ke Pejabat Kementerian Wilayah dan Kementerian masing masing yang menyebabkan sesuatu keputusan mengambil masa yang lama” katanya.

Sementara itu, Mohd Rafi  berkata, Kerajaan Persekutuan  perlu memberi kuasa penuh kepada pemimpin tempatan untuk merancang dan melaksanakan  pembangunan Labuan dan tanpa  bergantung sepenuhnya  kepada pengurusan jarak jauh yang berpusat di Putrajaya.

“Saya yakin sekiranya ini dapat dilakukan pastinya karenah birokreasi lama dapat dihapuskan dan seterusnya membolehkan prestasi Labuan terus berkembang” katanya.

Beliau juga turut menyuarakan supaya Kerajaan Persekutuan   menyalurkan sebahagian kecil royalti  hasil cukai Labuan  yang dipungut  oleh Kerajaan Persekutuan kepada Perbadanan Labuan.

“Kita minta Kerajaan Persekutuan salurkan sebahagian kecil hasil cukai Labuan kepada Perbadanan Labuan secara terus ….bagi keupayaan kepada Perbadanan Labuan untuk membangunkan Labuan”katanya.

Lain lain isu yang turut diutarakan termasuklah keistimewaan  Labuan sebagai  Pulau Bebas Cukai yang banyak ditatik balik serta masalah penerbangan komesial  yang terhad turut dibangkitkan dalam perbahasan Townhall tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN