OSMAN (dua dari kanan) menerima sumbangan Beras Program Peduli Rakyat dari Basran sambil disaksikan oleh Mohd Rafi (kiri sekali) dan Ahmad (empat dari kiri) serta ahli ahli UMNO Bahagian.
LABUAN: Lebih 300 keluarga di pulau bebas ini menerima manfaat sumbangan beras menerusi Program Peduli Rakyat yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Labuan.
Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, program Peduli Rakyat yang dianjurkan sejak 11 bulan yang lalu berjaya membantu meringankan beban rakyat menerusi sumbangan beras kepada keluarga pasangan pengantin dan keluarga yang ditimpa musibah kematian.
“ Program Peduli Rakyat yang telah dijalankan sejak 11 bulan yang lalu telah membantu lebih 200 ketua keluarga yang akan menganjurkan majlis kenduri perkahwinan, manakala selebihnya telah di sumbangkan kepada ketua keluarga yang ditimpa musibah kematian”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan beras kepada mantan Ketua Kampung yang juga pesara tentera Osman Matussin di Kampung Patau-Patau di sini, pada Isnin.
Hadir sama menyaksikan penyerahan beras itu ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Jelas Mohad Rafi, sebanyak 100 kilogram di sumbangkan kepada Keluarga yang bakal menganjurkan majlis kenduri perkahwinan, manakala sebanyak 50 kilogram di sumbangkan kepada ketua keluarga yang ditimpa musibah kematian.
Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, Program Peduli Rakyat yang di uruskan oleh Sekretariat Kebajikan dan Kesejahteraan UMNO akan diteruskan kerana ia bukan saja dapat membantu meringan beban rakyat tetapi juga dapat menyantuni dan mendekati rakyat dari masa kesemasa.
“Program Peduli Rakyat ini akan diteruskan sampai bila bila, kerana program ini cukup dekat di hati saya dan cukup dekat di hati UMNO daripada dulu, kini dan Insyaallah untuk selama lamanya “ katanya.
Sementara itu, Ahmad Maslan yang turut dikenali sebagai Tok Mat Pantun turut menyumbang sebuah pantun untuk Program Peduli Rakyat yang berbunyi “ Gunung Daik Banyak Hikayat, Bandar Pontian Jadi Tumpuan, Program Baik Peduli Rakyat, Terukan Berjuang UMNO Labuan’.
Hadir sama pada majlis itu, ialah kepimpinan UMNO lima peringkat serta Ketua Cawangan UMNO Patau-Patau Satu, Basran Yunus.