MERIAH…. Umat Islam pelbagai peringkat umur membajir Dataran Labuan untuk memeriahkan Labuan Berselawat yang berlangsung malam tadi.
LABUAN: Lebih 25,000 umat Islam pelbagai peringkat umur membanjir Dataran Labuan untuk bersama sama penceramah tersohor dari Indonesia, Prof. Dr. Ustaz Abdul Somad dalam Program Labuan Berselawat yang diadakan malam tadi.
Selain bersama sama mengalunkan marhaban dan berselawat memuji kebesaran Allah dan junjungan Nabi Muhammad SAW, Ustaz Abdul Somad turut menyampaikan ceramah bertajuk ‘Keluarga Bahagia Menuju Syurga”
Program Labuan Berselawat sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan peringkat Labuan bermula seawal jam 6 petang di dahului dengan sembahayang Maghrib dan Sembahyang Isyak berjemaah yang diadakan di padang Dataran Labuan diikuti dengan persembahan qasidah dan lagu lagu nasyid sebelum ceramah agama oleh Prof. Ustaz Dr. Abdul Somad.
Program yang mendapat sambutan luar biasa itu dianjurkan secara bersama oleh beberapa agensi kerajaan, swasta dan NGO, antaranya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kelab Wanita Labuan Sejahtera, Desa Tunas Hijau, LDA Holding Sdn. Bhd, MRSB, Klinik Suria, ASB Sdn. Bhd, Cahaya Pack dan AMS Trust, serta beberpa NGO yang lain.
Sementara itu, Penaung yang juga Pengerusi Pengajur Labuan Berselawat, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, program Labuan Berselawat yang mendapat sambutan diluar dugaan itu dianjurkan bersempena sambutan 40 tahun Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.
“Selain itu, majlis ilmu ini adalah ruang dan peluang terbaik untuk bersama-sama mendekatkan diri dengan Rasulullah SAW” katanya ketika berucap pada majlis itu.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, berkata, selai itu program Labuan Berselawat bukan sahaj dapat memupuk silaturrahim dikalangan umat Islam yang ada dipulau ini, tetapi dapat menyemai perpaduan yang lebih kukuh selaras dengan konsep Malaysia Madani.
Turut memeriahkan Program Labuan Berselawat ialah Karnival Kesenian Islam yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (MAIWP).