32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 2,000 orang hadir Rumah Terbuka Hari Raya Masidi Manjun

KENANGAN….Datuk Masidi (tengah) sempat merakam gambar bersama Datuk Jonathan dan rombongannya

RANAU:Lebih 2,000 orang mengunjungi majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun yang turut dihadiri para  tetamu kenamaan di Dewan Masyarakat Ranau pada Sabtu.

Antara kenamaan yang hadir ialah,Pembantu Menteri  kerja Raya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik, Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga ADUN N.38 Paginatan, Datuk  Abidin Madingkir, Timbalan Ketua Menteri II, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah selaku ADUN N.36 Kundasang, Datuk Seri Panglima Dr.Joachim Gunsalam, mantan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr.Ewon Ebin Ketua-Ketua dan Kakitangan Jabatan Kerajaan Negeri dan persekutuan dan Pengerusi Persatuan Hakka  Ranau yang juga Presiden Ahli Dewan Perniagan Tiong Hua Ranau, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong.

Datuk Masidi yang juga ADUN N.37 Karanaan ketika ditemui, merakam penghargaan dan terima kasih atas kehadiran orang ramai terutama para kenamaan yang sudi hadir ke majlis Rumah Terbuka Hari Rayanya.

“Saya berterima kasih atas kehadiran mereka yang saya sifatkan majlis seumpama ini merupakkan ruang dan peluang terbaik untuk rakyat menjalinkan dan memupuk semangat Masyarakat Madani.


“Ia juga menjadi landasan utama memupuk perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum, agama dan idologi politik mereka”, jelas Datuk Masidi.


Majlis yang bermula seawal jam10.30 pagi dan telah berakhir jam 2.30 petang  telah diserikan dengan Persembahan para artis tempatan dan persembahan ‘Blue Mountain Band’ dari Kundasang pimpinan  Julian Musli menampilkan penyanyi utamanya, Kartika Lakiman dan Payuk yang mendendang beberapa rentak dengan tiupan serulingnya.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN