27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 200 orang penduduk Kg. Baru Saup mahu kerajaan selesaikan masalah jalanraya dan jambatan

Ghani (depan tujuh dari kanan) dan rombongan bergambar kenangan bersama penduduk kampung.

NABAWAN: Lebih 200 orang penduduk di Kampung Baru Saup di Daerah Tongod berharap kerajaan dapat menyelesaikan permasalahan berkaitan perhubungan jalanraya sejauh 4 kilometer dan pembinaan sebuah jambatan konkrit yang baharu.

Masalah itu disuarakan oleh penduduk di kampung itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin pada majlis santai petang bersama penduduk kampung itu baru-baru ini.

Penduduk yang ditemui berkata, ketiadaan jalan perhubungan yang baik dan jambatan yang putus menyukarkan mereka mengeluarkan hasil pertanian dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nabawan.

Kampung Baru Saup terletak di Daerah Tongod namun pentadbiran kampung seperti Pelantikan Ketua Kampung dan JPKK diurus di Daerah Nabawan.

Mengulas keluhan penduduk kampung tersebut Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah yang melawat kampung dalam majlis santai petang bersama penduduk berkata, walaupun kampung ini dalam daerah Tongod akan tetapi perkampungan ini berada dalam kawasan daerah Nabawan dan beliau akan berbincang lanjut kepada ADUN Kuamut Datuk Masiung Bana mengenai beberapa isu yang dihadapi penduduk yang mendiami perkampungan ini.

“Saya akan berbincang dengan wakil rakyat Kuamut untuk kita sama-sama mencari jalan macam mana dapat membantu mereka”

Pada majlis santai petang itu, Ghani turut menemui pemimpin-pemimpin gereja SIB kampung itu dan menerima permohonan baik pulih bangunan gereja.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson Anthony Andipai, Ketua Daerah Nabawan Ulin Datuk Pamiang dan Ketua Kawasan SIB Nabawan Ngiloh Epui.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN