25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Oktober 30, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 200 CLC, Sebuah Sekolah Indonesia Tampung Sehingga 5,000 Pelajar

Tun Musa (dua dari kiri) menyerahkan cenderamata kepada Noorman (dua dari kanan).

KOTA KINABALU : Lebih 200 Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) dan sebuah Sekolah Indonesia beroperasi di ibu negeri yang menyediakan akses pendidikan kepada antara 2,000 hingga 5,000 anak warga Indonesia di Sabah.  

Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Noorman Effendi berkata pihaknya amat menghargai peluang yang diberikan kepada kanak-kanak Indonesia untuk memperoleh pendidikan formal dalam persekitaran yang kondusif.  
“Kami amat menghargai peluang yang diberikan untuk anak-anak Indonesia di Sabah mendapat pendidikan formal dan selesa.

“Hubungan ekonomi antara Indonesia dan Malaysia khususnya Sabah juga terus berkembang dengan baik melalui aktiviti perdagangan rentas sempadan,” ujarnya.Beliau ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.
Kunjungan tersebut bagi memperkenalkan diri beliau sebagai Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu berkuatkuasa 9 September 2025.
Noorman juga menzahirkan harapan agar lebih banyak produk Indonesia dibawa ke pasaran Sabah sekaligus memperkukuh hubungan ekonomi, pendidikan dan budaya antara kedua-dua wilayah di rantau Borneo.

“Delegasi Indonesia baru-baru ini membawa beberapa usahawan Sabah ke Pameran Dagang Indonesia (Trade Expo Indonesia) bagi mengukuhkan jaringan perniagaan kedua-dua pihak.

“Kerjasama ini amat menggembirakan dan kami berharap hubungan ini akan terus diperkuat pada masa hadapan,” katanya.

Hasil pertemuan itu termasuk penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) melibatkan usahawan Sabah dan beberapa syarikat dari Indonesia./Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN