27.1 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 22, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 1500 pengunjung meriahkan Tuaran Christmas Night Festival 2024

Acara pemberian sumbangan kepada beberapa Gereja sekitar daerah Tuaran


TUARAN: Lebih 1,500 orang pengunjung hadir untuk memeriahkan Sambutan Tuaran Christmas Night Festival 2024 bertempat di padang Tuaran pada malam Ahad .


Majlis anjuran Lions Club of Tuaran itu merupakan acara yang julung kali diadakan di daerah Tuaran.


Presiden Lions Club Of Tuaran, Kapitan Frankie Goh berkata, acara ini bertujuan memberi peluang kepada semua masyarakat yang berbilang bangsa dan agama khususnya di daerah Tuaran untuk sama-sama meraihkan sambutan hari Krismas yang lazimnya diraihkan oleh penganut agama Kristian.


“Antara matlamat dan objektif acara ini diadakan adalah untuk memupuk semangat toleransi, keharmonian dan perpaduan dikalangan masyarakat Tuaran yang berbilang kaum, bangsa dan agama agar saling hormat menghormati budaya dan kepercayaan masing masing,” katanya.

Antara persembahan koir pada sambutan malam tersebut


Dalam pada itu, Pengerusi Penganjur Tuaran Christmas Night Festival 2024, Juhaini Dayun dalam ucapannya berkata, acara ini bakal dijadikan salah satu acara Tahunan anjuran Lions Club of Tuaran.


“Untuk rekod, tahun ini Lions Club Tuaran telah berjaya menganjurkan Tuaran Unicorn, Dragon & Lions Dance Festival sempena sambutan Tahun Baru Cina pada awal tahun ini dan Tuaran Tanglung Festival yang diadakan pada bulan September 2024.


“Kita merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Bin Hj Noor kerana sentiasa memberikan sokongan dan sumbangan kepada semua program-program anjuran Lions Club Tuaran,” katanya.


Pada majlis itu pelbagai acara menarik disusun termasuk penyalaan lampu Pokok Krismas gergasi, persembahan Koir daripada gereja RC, SDA, SIB dan Basel.


Turut membuat persembahan Kumpulan Brass Band SJKC Chung Hwa Tamparuli, cabutan pengunjung bertuah dan pemberian sumbangan kepada beberapa Gereja sekitar daerah Tuaran.
Majlis itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tuaran merangkap Pengerusj Sabah Electricity Datuk Seri Willfred Madius Tangau.


Turut hadir Pegawai Daerah Tuaran, Herman Tunggiging, ADO Tuaran, Alfian Rahim, Lions Club Zone Chair, Lanice Fu dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN