SIMSUDIN (dua dari kiri) secara simbolik merasmikan Karnival Kesihatan Labuan Sihat sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat sambil diperhatikan Dr.Francis (dua dari kanan), Ruthuan (kanan sekali) Dan Dr Mohd Zaki (kiri sekali).
LABUAN: Lebih 11,00 warga Wilayah Persekutuan Labuan dikesan menghidap diabetis.
Ahli Dewan Negara,Tan Sri Aalnifah Aman berkata, berdasarkan Tinjuan Kebangaaan Kesihatan dan Morbiditi tahun lalu (NHMS) menunjukkan data itu lebih tinggi daripada data kebangaaan.
“Satu daripada enam atau 15.6 peratus orang dewasa menghidap diabetis manakala Labuan pada tahun lalu, pesakit diabetes adalah seramai 11,724 orang atau 17 peratus lebih tinggi daripada data kebangaaan”, katanya ketika berucap merasmikan Karnival Labuan Sihat sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejehtera (BMSS) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, baru baru ini.
Teks ucapan beliau di bacakan Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.
Anifah yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berkata, satu daripada tiga atau 29.2 peratus orang dewasa mengalami tekanan darah tinggi dan seramai 17,094 orang atau 25.3 peratus warga Wilayah Persekutuan Labuan dikesan menghidap darah tinggi pada tahun lalu.
Senentara itu katanya, situasi semasa kesihatan terutamanya penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Disease (NCD) di negara ini berada dalam keadaan membimbangkan dengan beban yang tinggi perlu ditanggung oleh kerajaan dalam rawatan pesakit.
“Oleh itu Bulan Malaysia Sihat Sejehtera (BMSS) ini merupakan satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), untuk merealisasikan hasrat kerajaan ke arah melahirkan rakyat Malaysia yang Sihat Sejehtera menerusi pembudayaan hidup sihat dengan pendekatan ‘Whole of Nation’ iaitu jalinan kerjasama di antara rakan strategik ANMS dari pelbagai agensi kerajaan lain, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti” katanya.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Ruthuan Mohd Ismail, Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Francis Paul Dan Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Mohd Zaki Ab.Hamid.