28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 10,000 orang  meriahkan rumah terbuka Bashir

BASHIR menyambut mesra kehadiran orang ramai yang hadir ke majlis rumah terbuka beliau

LABUAN: Lebih 10,000 warga Labuan yang terdiri pelbagai peringkat umur hadir memeriahkan Majlis Rum,ah Terbuka Ahli Dewan Negara, Datuk Bashir Alias yang diadakan dikediamannya di Kampung Sungai Lada, di sini, baru-baru ini.

Antara orang kenamaan dan pemimpin tempatan  yang  hadir pada majlis yang bermula pada jam 2 petang hingga tengah malam itu ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri,  Datuk Syed Mohd Fahmi Sayid Mohammad, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli,  Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, Datuk Kamalanathan, mP. Pichanathan, Yang Di Pertua PAS Labuan, Haji Hamir Zahari,l Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, Datuk Wong Kii Yee.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Khalid Abdul Ghani, Ketua MCA Labuan, Datuk Chin Hong Vui, Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perusahan India Labuan, Datuk Dhalip Singh dan Ketua PBS Labuan, Datuk Peter Mak.

Pelbagai juadah raya disajikan termasuk makanan kegemaran rakyat Labuan, soto, satey, ketupat, rendang  dan sop tulang  disamping kuih raya pelbagai jenis.

BASHIR bersama Datuk Kamalanathan dan  pemimpin masyarakat Labuan yang hadir pada majlis tersebut.

Tidak lupa juga golongan kanak-kanak yang hadir turut menerima duit raya yang disampaikan oleh isteri Datuk Bashir, Datin Shawarni Abedat.

Dalam pada itu, tinjuan mendapati kehadiran  orang ramai daripada pelbagai kaum  yang tidak putus-putus  hadir bukan sahaja mengambil kesempatan untuk menikmati pelbagai juadah tetapi juga saling beramah mesra antara satu sama lain sekaligus menyaksikan semangat perpaduan dan hormat menghormati antara satu sama lain di pulau ini   masih utuh.

Bashir yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan ketika ditemui  menzahirkan ucapan terima kasih kepada warga Labuan yang hadir diluar jangkaan.

“Alhamdulilah kehadiran orang ramai yang diluar jangkaan menjadi medan pertemuan antara pemimpin dan rakyat sekaligus dapat merapatkan lagi ukhuwah dan perpaduan kaum di Labuan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN