Pelepasan peserta oleh Mohd Sukuran Taib.
LABUAN: Lebih 1, 000 warga Labuan pelbagai lapisan masyarakat menyertai LSE Fun Walk yang diadakan sempena Hari Belia Negara (HBN) 2025 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.
LSE Fun Walk yang dibahagikan kepada dua kategori larian jarak 3 km dan jarak 5 km dianjurkan oleh Labuan Shipyard & Engineering (LSE) S/B dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan Dan Majlis BeliaLabusn (MBL) telah diadakan di hadapan laluan utama Kompleks Ujana Kewangan Labuan pada Ahad lalu.
Majlis Perlepasan para peserta disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Mohd Sukuran Taib.
Larian tersebut yang menjadi acara tahunan LSE itu telah bermula seawal jam 6 pagi dan berakhir sekitar jam 9 pagi.

Mohd Sukuran bersama penganjur sebelum acara Perlepasan dimulakan.
Lebih menarik larian kali ini bertemakan ‘Flora@Berbunga’ sebagai tanda simbolik dan sokongan masyarakat Labuan dan LSE S/B mempromosikan Borneo Flora Festival (BFF@Labuan 2025) yang akan diadakan pada 26-30 Julai tahun ini.
Terdahulu, para peserta menyertai sesi pemanasan badan menerusi senam robik yang diadakan di perkarangan Perlepasan Foyer Sambutan Hari Belia Negara.
Turut diadakan cabutan bertuah kepada peserta yang berjaya menamatkan larian.



