Dif Dif kehormat bergambar kenangan sebelum acara penanaman pokok anak bakau dijalankan.
LABUAN: Lebih 1000 anak pokok bakau ditanam di Taman Ekologi Kinabenua sempena Program ALAM Be-Leaf anjuran bersama Amanah Lestari Alam (ALAM), Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMP) dan MUFG Bank.
Program yang berlangsung pada pagi Sabtu itu melibatkan penyertaan lebih 400 sukarelawan golongan belia.
Menurut Ketua Pegawai Pembangunan Korporat BPMP, berkata objektif utama program tersebut sebagai usaha
merperkasa peranan belia dalam tindakan alam sekitar melalui aktiviti penanaman bakau.
“Setiap anak pokok bakau yang ditanam menyumbang kepada ekosistem pantai yang lebih bersih disamping menepis pencemaran sekaligus menjadi penyumbang kepada pembentukan masyarakat yang sihat”, katanya,
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MUFG Malaysia, Motohid Okuda berkata sebagai salah satu institusi kewangan terbesar di dunia, MUFG sentiasa mencari peluang untuk melabur dirantau Asia disamping itu pihaknya juga terus memperkasakan masa depan yang lebih cerah untuk golongan berkepentingan melalui spektrum komprehensif penyelesaian perbankan dan tanggungjawab sosial di bawah program Perdana ‘ MUFG Give Back,’.katanya ketika berucap pada program tersebut.
Hadir sama, Ketua Pengarah Labuan FSA, Affendy Rashdi dan Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Husni Muhamad Salleh.
Program inisiatif ALAM ini turut mendapat sokongan padu daripada pelbagai agensi kerajaan antaranya Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Sumber Asli Kelestarian dan Alam Sekitar serta Perbadanan Labuan.
Turut sama menjayakan program initu ialah, Labuan FSA, Yayasan PETRONAS, dan Maybank International Cawangan Labuan (MILB).



