25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 100 sertai Parti StarSabah di Paginatan

Datuk Abidin Madingkir menerima borang keahlian Parti StarSabah daripada Pengerusi JKKK Kg Wallou, Igim Sudin


RANAU: ADUN Paginatan Datuk Abidin Madingkir mengalu-alukan kemasukan lebih 100 ahli baru menyertai Parti StarSabah yang dijalankan dalam satu majlis di sini baru-baru ini.


“Parti StarSabah semakim diminati oleh rakyat di Mukim Paus dengan penyertaan 74 ahli baru daripada Kg. Doromomol, 32 daripada Kg. Wallou dan 22 ahli baru daripada Kg. Kodop Lama.


“Kemasukan ahli baru sudah tentu memantapkan lagi kedudukan Parti StarSabah di DUN Paginatan sekaligus menguatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) amnya,” kata beliau.


Menurut Abidin, PRN17 akan diadakan dalam masa kurang dari 1 tahun, justeru ahli-ahli Parti StarSabah khususnya disarankan untuk terus menyokong agenda pembangunan yang disusun oleh kerajaan GRS.


“Visi dan misi kita di DUN Paginatan masih belum terlaksana sepenuhnya, walaupun kini usaha berterusan kita sudah nampak hasil, antaranya pembinaan jalanraya yang cantik menghubungi beberapa kampung di Mukim Paus yang hampir siap sepenuhnya,” kata beliau.


Datuk Abidin yang juga merupakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah berkata demikian semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Kesyukuran Pengiktirafan JKKK Kg. Wallou dan Kg. Doromomol yang diadakan di sini baru-baru ini.


Sementara itu, katanya, Kg. Wallou dan Kg. Doromomol amat bertuah kerana dua kampung di kawasan Mukim Paus ini adalah di antara beberapa kampung yang sudah mendapat kelulusan kuota JKKK.


“Pengerusi di kedua-dua kampung telah pun dilantik, dan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi JKKK Kg. Wallou dan Kg. Doromomol, iaitu Igin Sudin dan Sinun Majim.
“Selaku Wakil Rakyat DUN Paginatan, saya tidak akan berhenti berusaha sehingga apa yang dicita-citakan oleh rakyat dapat direalisasikan.


“Kita akan usahakan supaya pewartaan kampung dapat dibuat secepat mungkin supaya Ketua Kampung juga dapat dilantik. Untuk sementara waktu, kampung-kampung ini masih berada dalam jagaan Ketua Kampung Kg. Paus,” katanya.


Abidin berharap agar Pengerusi JKKK yang baru sentiasa memberi kerjasama kepada Ketua Kampung Paus KK Dualis Guni, sehingga Kg. Wallou dan Kg. Doromomol mendapat Ketua Kampungnya sendiri.


“Pada masa ini, Kg. Wallou/Ponulangon masih berada dalam kawasan FMU. Isu tersebut telah pun berada dalam pengetahuan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Hj Noor.


“Suka saya maklumkan bahawa pada dasarnya Ketua Menteri sudah bersetuju untuk mengeluarkan Kg. Wallou/Ponulangon daripada kawasan hutan simpan. Kita tidak akan berhenti sehingga impian rakyat dapat direalisasikan,” katanya.


Sementara itu, Igim dan Sinun bersyukur atas pengiktirafan dan perlantikan Pengerusi JKKK Kg. Wallou dan juga Pengerusi JKKK Kg. Doromomol.


“Ini adalah kuota baru JKKK yang dimuktamadkan hasil usaha berterusan Wakil Rakyat DUN Paginatan YB Datuk Abidin Madingkir. Terimakasih atas usaha YB Datuk kerana berjaya merealisasikan impian kami selama ini,” kata mereka.


Igim menyarankan kepada seluruh penduduk Kg. Wallou supaya memberi sokongan tidak berbelah bagi kpd YB Datuk Abidin melihat kepada sumbangan-sumbangan yang Datuk berikan kepada penduduk Kg. Wallou.


“Keperluan mendesak penduduk kampung adalah memohon supaya kampung ini dikeluarkan drp kawasan hutan simpan kerajaan.
“Perkampungan sekitar Kampung Wallou/ Ponulangon adalah kampung tradisi yang sudah lama ujud.


“Beberapa generasi sudah mendiami tempat tersebut dan sudah tentunya tuntutan hak adat harus ditunaikan oleh pihak berkuasa,” katanya.
Turut hadir di majlis itu, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir, Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal, KAN Dualis Porodtong, KAN Sawalin Zakaria, KAN Kapilin Hj Surop dan KAN Jaimin Jeffrey, antara lain.



2 – Gambar Datuk Abidin Madingkir bersama penduduk Kg Doromomol

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN