ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 10 Jabatan, agensi kerajaan sertai Pameran dan Jualan hasil Pertanian, Perikanan dan Kraftangan

Datuk Faimin (tiga kanan) bersama Jumain (dua kiri), Mohd.Irwan (kanan) dan Jupirin (dua kanan) bersama yang lain merakam gambar di salah satu galery pameran dan jualan produk Ranau.

RANAU: Lebih 10 Jabatan dan agensi kerajaan di daerah ini, telah menyertai program Pameran dan Jualan hasil Pertanian, Perikanan, Kraftangan tempatan di perkarangan Dewan Masyarakat Ranau bermula Jumaat (13-14 Mei).

Program itu yang dikelolakan Lembaga Peladang Kinabalu diadakan sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah  di Dewan Masyarakat Ranau pada14 Mei.

Perasmian pameran dan jualan itu telah disempurnakan  Setiausaha Tetap KPLB Sabah merangkap  Pengerusi  Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabalu, Ranau  ..Datuk Haji Faimin Bin Kamin  diiringi Pegawai Daerah Ranau, merangkap Pengerusi Induk Jawatankuasa Pesta Kaamatan peringkat daerah, Jumain  Bin Abdul Ghani  bersama Pengurus Peladang Kinabalu,  Mohd. Irwan Bin Maruji dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau, Jupirin Bin Haji Ruhimin.

Datuk Faimin ketika ditemui, memuji Jawatankuasa penganjur pameran itu kerana berjaya mengelola untuk memberi ruang dan peluang kepada para   pengusaha bidang pertanian, perikanan, perladangan dan kraftangan untuk mempamer dan menjualnya kepada orang ramai.

“Inilah ruang danpeluang kepada mereka untuk mengetengahkan produk masing-masing”, jelas Datuk Faimin.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN