30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 10 buah rumah  di Labuan rosak dilanda angin ribut

ROSAK…. atap siling ruang rehat Masjid AL Ihasan Kampung Sungai Labu yang rosak selepas dibadain angina kencang pada petang Ahad.

LABUAN: Lebih 10 buah rumah termasuk sebuah masjid  di sini rosak teruk akibat dilanda angin ribut yang  melanda beberapa kawasan di pulau ini  sejak petang Sabtu  dan  berterusan sehingga  petang Ahad iaitu  ketika umat Islam di sini sedang meraikan sambutan Hari Raya Aidil Adha.

Kebanyakan rumah  mengalami kerosakan atap dan bumbung  akibat diterbangkan angin kuat selain dihempap pokok tumbang.

Manakala sebuah masjid di Kampung Sungai Labu mengalami kerosakan teruk apabila  atap siling dewan rehat  runtuh akibat dibadai  angin kencang yang melanda kawasan kampung berkenaan pada petang Ahad.

Selain itu beberapa buah kampung juga turut  terputus bekalan elektrik akibat beberapa buah tiang elektrik tumbang dihempap pokok.

BASHIR  (dua dari kanan) ketika meninjau sebuah rumah di kampung Lajau  yang atapnya diterbangkan angin kencang  pada Ahad.

Antara kawasan yang terjejas teruk dalam kejadian dua hari itu ialah Kampung Lajau, Layang-Layangan, Tanjung Aru, Rancha-Rancha, Pohon Batu, Sungai Bedaun, Kampung Kilan, Sungai Labup   dan  Lubok Temiang.

Seorang penunggang motosikal dilaporkan mengalami  cedera ringan  akibat di hempap  pokok tumbang ketika melalui sebatang jalan raya di Kampung Lubok Temiang.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias turun padang untuk meninjau  beberapa buah rumah  dan menyantuni  keluarga yang menjadi mangsa kejadian angin ribut.

Terdahulu, Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia)   dalam satu kenyataan  berkata kejadian hujan  lebat serta angin ribut dan angin kencang  yang melanda beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Labuan dijangka akan berterusan sehingga Selasa (13Julai).

Keadaan ini disebabkan cuaca tekanan rendah di Barat Filipina kini sedang menuju ke Timur Vietnam yang berpotensi membawa angin kencang dan kejadian garis badai mengakibatkan hujan lebat beserta rebut petir dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di Sarawak, Labuan dan Sabah serta beberapa kawasan di Semananjung dalam tempoh 11 hingga 13 Julai ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN