ADVERTISEMENTspot_img

LDA Labuan Holding meterai dokumen SOP perkukuh integriti bersama SPRM

Noor Halim menerima dokumen SOP daripada Ppj Muhammat Azis sambil disaksikan oleh pegawai dari kedua dua pihak.

LABUAN: LDA Labuan Holding Sdn Bhd menandatangani dokumen Standing Operating Procedure (SOP) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diadakan pejabat LDA Labuan Holding di sini, pada Selasa.

Majlis menandatangani dokumen SOP berkenan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif LDA Labuan Holding, Noor Halim Datuk Zaini mewakili LDA, manakala pihak SPRM diwakili oleh Pengarahnya Ppj Muhammat Azis Malmod.

Terdahulu Noor Halim dalam satu kenyataan berkata, majlis menandatangani dokumen SOP itu merupakan langkah strategik memperkukuh integriti, tadbir urus dan keselamatan di Terminal Feri Antarabangsa Labuan (TFAL).

Katanya terdapat 11 penambahbaikan utama yang merangkumi aspek pengurusan, keselamatan, transaksi, pematuhan serta pencegahan Rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Inisiatif ini merupakan langkah penting bagi memastikan semua operasi di TFAL berjalan secara telus, cekap dan berakauntabiliti tinggi” katanya.

Menurut Noor Halim usaha ini juga dilaksanakan bagi menyokong pematuhan terhadap keperluan menjadikan TFAL sebagai Kawasan Sasaran Penting (KSP) Keutamaan II, serta kearah pengiktirafan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah kawalan selia Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

Selain, itu katanya, SOP ini juga turut memenuhi keperluan keselamatan maritim di bawah Kod ISPS seperti di tetapkan oleh Jabatan Laut Malaysia serta pelbagai garis panduan daripada agensi agensi berkaitan.

“Sebagai anak syarikat milik penuh Yayasan Pembangunan Labuan (YPL) yang diberi amanah menguruskan TFAL, LDA menunjukkan komitmen jitu dalam memperkukuh sistem kawalan dalaman, memperbaiki tadbir urus dan mematuhi sepenuhnya peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa”, katanya.

Dalam pada itu bagi memastikan pelaksanaan ini berjalan lancar, satu mekanisme pemantauan dan semakan berkala akan dilakukan secara bersama antara LDA dan SPRM bertujuan untuk menilai keberkesanan SOP dan memastikan tindakan penambahbaikan kekal relevan dan konsisten.

Noor Halim berkata, majlis ini menjadi simbol kepada iltizam LDA dalam melaksanakan pengurusan terminal yang berintegriti, selamat dan cekap demi manfaat pengguna, pihak berkuasa dan seluruh warga Labuan,

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN