Noor Halim (kiri sekali), Muhammat Azis (dua kanan) dan Azhar (dua dari kiri) bersama ketua ketua jabatan dan agensi kersjazn yang hadir pada Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa,peringkat Labuan.
LABUAN: LDA Labuan (Holding) Sdn. Bhd. yang mengendalikan pengoperasian Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan (TFAL) komited untuk bekerjasama dengan SPRM dalam memperkukuhkan pencegahan rasuah disetiap bahagian pengoperasiannya.
Ketua Pegawai Eksekutif LDA Labuan Holding, Noor Halim Datuk Zaini berkata, kerjasama ini bukan sekadar melaksanakan program atau kempen semata mata, tetapi merupakan manifestasi sokongan penuh kami terhadap agenda nasional dalam memastikan Labuan sebuah wilayah yang bersih, telus dan bebas rasuah.
“Bagi kami, integriti bukan sekadar polisi yang tertulis dalam buku panduan sebaliknya ia adalah budaya kerja, prinsip moral dan nilai yang membentuk cara kita bekerja, membuat keputusan serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.”, katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Antirasuah Antarabangsa peringkat Labuan yang berlangsung di ruang
legar TFAL di sini, baru baru ini.
Majlis tersebut yang dianjurkan oleh SPRM Labuan dengan kerjasama TFAL dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib.
Dalam pada itu, Noor Halim mmenegaskan, LDA Holding juga komited sepenuhnya untuk mematuhi segala garis panduan, nasihat dan saranan yang dikemukakan oleh SPRM dalam menjalankan operasi di FTAL.
“LDA Holding akan terus melaksanakan latihan dan kesedaran integriti secara berterusan kepada semua warga kerja bagi memastikan operasi kami sentiasa bersih, cekap, berwibawa dan bebas gejala rasuah”, katanya.
Turut diadakan pada majlis itu penyerahan risalah benci rasuah kepada peniaga dan pengunjung termasuk penumpang feri yang berada di sekitar FTAL.
Hadir sama, Pengarah SPRM Labuan Muhammat Azis Malmod, Pengerusi LDA Labuan (Holding) Sdn. Bhd. Azhar Othman dan Ketua Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan.



