27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

LCDA mohon pusat jagaan kakan-kanak Labuan dibenarkan beroperasi

TUTUP… salah sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang masih belum dibenarkan beroperasi.

LABUN: Persatuan Pembangunan Kanak-Kanak Labuan (LCDA) yang mewakili 26 pusat jagaan harian kanak-kanak di pulau ini merayu kepada Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan mereka menyambung semula operasi untuk menjaga anak-anak petugas barisan hadapan.

Pengerusi Persatuan itu, Imelda Atiqah Untol berkata kebenaran untuk beroperasi adalah tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berdasarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan di pilau ini.

Namun demikian katanya, berdasarkan kepada SOP Baharu yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan ‘Kebenaran Pengoperasian TASKA Dan Pusat Jagaan Harian Berdaftar Di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Di Semenanjung Malaysia’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Putrajaya baru baru ini, bagaimanapun Labuan yang sebahagian daripada Wilayah Persekutuan tidak tersenarai seperti Kuala Lumpur dan Puitrajaya.

“Mungkin Majlis Keselamatan Negara terlepas pandang untuk Labuan (SOP pusat jagaan harian) tetapi masih belum terlambat untuk memberi kebenaran walaupun pandemik COVID-19 ini masih belum selesai” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Atiqah berkata adalah lebih selamat untuk menghantar anak-anak ke pusat jagaan harian yang berdaftar berbanding penjagaan di rumah yang tidak berdaftar dikendalikan oleh individu.

“Labuan, sebagai hab minyak dan gas mempunyai bilangan pekerja yang ramai dalam sektor perkhidmatan penting ini dan memerlukan pusat jagaan harian untuk anak-anak mereka, sama seperti mereka yang berada dalam sektor perkhidmatan penting lain seperti penjagaan kesihatan”katanya.

Justeru itu, Persatuan Pembangunan Kanak-Kanak Kabuan (LCDA) memohon kepada MKN dan JKM untuk mempertimbangkan agar TASKA dan pusat-pusat jagaan harian kanak-kanak yang berdaftar di Wilayah Persekutuan Labuan turut dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan JKM.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN