Wong bersama Anifah dalam pertemuan empat mata di Kota Kinabalu baru baru ini.
LABUAN: Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC) akan terus memberikan sokongan penuh terhadapĀ kepimpinan Tan Sri Senator Anifah Aman selaku Pengerusi Perbadanan Labuan yang baharu.
Pengerusinya Datuk Wong Kii Yii berkata, pihaknya akan terus memberikan sokongan yang padu kepada pasukan Anifah Aman bagi memastikan pembangunan Labuan yang melibatkan semua sektor kembali pulih.
āKami sentiasa akan memberikan sokongan dan terus bekerjasama dengan pasukan Tan Sri Anifah bukan sahaja untuk memulihkan ekonomi Labuan, tetapi juga bersedia untuk bersama sama mencari penyelasaian terbaik bagi memastikan Labuan terus kehadapan menjadi sebuah pulau yang dinamik dan berdaya saingā katanya ketika dihubungi di sini.
Pad minggu lalu, Wong telah mengedakan pertemuan empat mata bersama Tan Sri Senator Anifah yang diadakan di di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu.
Wong yang juga Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan berkata , dalam pertemuan yang singkat itu, beliau bersama Tan Sri Anifah turut bertukar-tukar pandangan dan pendapat mengenai beberapa isu yang sebelum ini gagal diselesaikan.
āKami juga telah mengadakan rundingan secara terbuka bercakap tentang bagaimana cara untuk menggalakkan kerjasama antara LCCC dengan Perbadanan Labuanā katanya.