33 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lawatan SKM ke Koperasi KPVKM Sdn Bhd bawa manfaat

SEMPORNA: Lawatan Pegawai Penyelia Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Tawau, Nuhil Abd Han ke Koperasi Permuafakatan Veteran Komando Malaysia Sabah Berhad di Pejabat Urusan, Arked MARA Semporna baru-baru ini, mampu meletakan Kopersi ditahap yang terbaik.

Tujuan lawatan adalah untuk memeriksa selia dokumentasi, aliran tunai akaun Koperasi dan memberi penerangan halatuju koperasi mengikut saluran yang betul.

Dalam proses penyeliaan itu, Bendahari menyerahkan fail-fail berkaitan dengan kewangan koperasi bagi tempoh berakhir 31 Januari 2022, sementara Setiausaha Koperasi pula menyerahkan
dokumen berkaitan dengan keahlian anggota dan minit mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi (ALK).

Proses penyeliaan ini lebih kepada perbincagan berkaitan pergerakan Koperasi serta mengenal pasti peluang ekonomi yang boleh dilaksanakan oleh koperasi mengikut peraturan undang- undang kecil koperasi. Aktiviti semasa koperasi adalah sektor pertanian dan pelancongan.

Turut hadir Biyazid Reduan, Pengerusi, Abd Masik Kabbul, Timbalan Pengerusi, Mad Sarip Saleh, Setiausaha dan Musmalady Rabayani, ALK.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN