25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lawatan Menteri Tugas-Tugas Khas ke Pantai Barat Utara Berhasil

ARIFIN (tengah)..ketika menyampaikan sumbangan Zakat MUIS berjumlah RM50,000 keoada Rumah Anak Yatim (RAY) al-Amin Pitas.

KUDAT: Lawatan dua hari Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif ke kawasan Pantai Barat Utara baru-baru ini berhasil dalam mendekati rakyat dan juga keperluan masyarakat di kawasan-kawasan itu.

Beliau memulakan lawatan dengan singgah di Masjid Kampung Limatok Kota Belud dan menyampaikan dana Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) RM5,000 untuk kegunaan masjid itu.

Semasa di Kota Belud Mohd Arifin yang juga Adun Membakut mengadakan kunjungan silaturahim ke Ibu Pejabat Polis dan menyampaikan zakat MUIS
RM5,000untuk aktiviti kebajikan dan dakwah IPD tersebut.

ZAKAT… Arifin (keempat kanan) ketika menyampaikan zakat MUIS berjumlah RM5,000 untuk aktiviti kebajikan dan dakwah IPD tersebut.

Beliau juga menyampaikan sumbangan zakat MUIS RM3,000 kepada Pejabat Pendidikan Kota Belud.

Mohd Arifin yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam di negeri ini turut melawat tapak cadangan untuk pembinaan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Kota Belud di Kampung Tadawakan dalam DUN Pintasan.

“Kita berharap usaha untuk pembinaan SMAN di kawasan sembilan ekar yang diwakafkan oleh seorang penduduk di kawasan itu akan berjalan dengan lancar,” katanya semasa melawat tapak itu.

Mohd Arifin bersama rombongan kemudiannya singgah di Pondok al-Fateh Kampung Tempasuk selain bertemu para pelajar di pondok itu beliau juga menyampaikan sumbangan berjumlah RM32,000 masing-masing untuk Ihasan Makanan Covid-19 (IMPAC) dari Kerajaan Negeri dan Zakat Muis untuk sekolah pondok itu.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Pitas, rombongan beliau sempat singgah di Masjid Lama Kota Marudu sebuah nasjid tertua di daerah ini yang pernah menjadi masjid utama di daerah itu.

Semasa berada di Pitas Mohd Arifin melawat Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Pitas dan menyampaikan sumbangan MUIS berjumlah RM24,000 untuk kegunaan orngurusan sekolah itu.

ARIFIN (tengah)…sekitar lawatan Rombongan Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah di Pantai Barat Utara (PBU).

Turut hadir ialah Adun Pitas, Harun Durabi.

Dalam perjalanan ke Kudat rombongan Mohd Arifin yang turut disertai Setiausaha Tugas-Tugas Khas, Encik Sabdin Ibrahim berkesempatan singgah di Matunggung dan menyampaikan sumbangan Zakat MUIS untuk Pengurusan Masjid Pekan Matunggung dan dana operasi Kelas Saudara Kita masing-masing berjumlah RM10,000 san RM5,000.

Mohd Arifin dan rombongan juga berkesempatan singgah di Rumah Anak Yatim (RAY) al-Amin Pitas. Rumah ini atas sumbangan CSR Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) turut menerima sumbangan RM50,000 dari Zakat Muis. Rumah Anak Yatim ini diasaskan oleh Encik Sabdin semasa menjadi Pegawai Daerah di sini.

Keesokan harinya rombongan beliau meneruskan lawatan ke Kudat dan Banggi untuk bertemu masyrakat dan penjawat awam di kedua-dua kawasan ini dan menyampaikan sumbangan zakat Muis.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN