25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lawas ungguli Kejohanan Badminton Bulan Kemerdekaan Labuan 2023

JOHAN Beregu Campuran Veteran, Koh Shoou Shyuan/Irene bersama hadiah yang dimenangi

LABUAN: Pemain badminton dari Lawas Sarawak mengungguli Kejohanan Badminton Sempena Bulan Kemerdekaan 2023 Labuan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, baru baru ini.

Kejohanan yang dianjurkan bersama Perbadanan Labuan, Iklimega Sdn. Bhd dan Jabatan Belia Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan itu  menyaksikan pemain dari Lawas menjuarai tiga  daripada lima  kategori yang dipertandingkan.

Koh Shoou Shyuan menjadi wira badminton Lawas, apabila menjuarai dua   kategori iaitu  Beregu Campuran Veteran  dan  Beregu Lelaki Veteran Junior.

Naib juara bagi kategori Beregu Campuran Veteran  dimenangi oleh pemain dari Brunei Muhd Iswandi dan Ramizan Subuh.

Bagi kategori Beregu Lelaki Veteran, naib juara dimenangi oleh pasangan Samsudin Ladis dan Zakiman Minal dari Wilayah Persekutuan Labuan.

Seorang lagi pemain dari Lawas Guan Chun Ming menjadi juara kategori Perseorangan Lelaki Veteran Junior selepas menewaskan pemain dari Labuan Johari Said diperingkat final.

JOHAN Beregu Wanita Veteran Nimah dan Nancy bersama hadiah yang dimenangi

Sementara itu, pemain adik beradik dari Sabah, Haikal Hazrul dan Hafiz Hakimi menjuarai kategori Beregu Lelaki Terbuka selepas menewaskan rakan senegerinya (Sabah) Neville Baptist Nasius dan Demond Anthony Samin di peringkat akhir.

Dalam pada itu, pemain dari Labuan,  Nimah Ismail yang berpasangan dengan Nancy Ignasius mengubat sedikit skuad badminton Labuan apabila berjaya menjadi juara kategori Beregu Wanita Veteran Junior.

Pemain beregu itu menewaskan rakan sepasukannya Subety Eloi yang berpasangan dengan Patricia Tan di peringkat final.

Selain itu,  hajat Naimah yang berpasangan dengan legend badminton veteran Labuan, Pahat Chalan untuk menjuarai kategori Beregu Campuran Veteran tidak kesampaian apabila terkandas di peringkat separuh akhir sekaligus  meletakkan mereka di tempat ketiga bersama.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan masing masing  oleh  Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat, Perbadanan Labuan, Mahathir Abd. Hamid dan Penolong Pengarrah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, Felix Anthony dan Ketua Pegawai Eksekutif Iklimega, Haji Embran Haji Jinin.

Kejohanan selama dua hari itu telah disertai seramai 94 pemain  daripada Sabah, Sarawak, Brunei dan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN