26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lavestar FC juara Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala Datuk Hassan Sani

JUARA…. Pasukan Lavestar menerima hadiah kejuaraan daripada Bashir (berdiri tengah tiga dari kanan) disaksikan Sophian (berdiri tengah kanan sekali) dan Muhammad Syahfie (berdiri tengah dua dari kanan)

LABUAN: Jaringan penalti yang berkesudahan 5-3  membantu pasukan Lavestar muncul juara  menewaskan pasukan Complex FC  selepas kedua-dua pasukan seri 1-1   pada aksi final Kejohanan  Bola Sepak Veteran Piala Datuk Hassan Sani yang berlangsung  di padang Sintetik Kompleks Sukan Labuan, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, pasukan Lavestar yang dibarisi beberapa bekas pemain yang pernah mewakili pasukan Sabah membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, sebuah piala iringan dan medal.

Manakala pasukan Complex FC yang juga dibarisi oleh beberapa bintang bola sepak  yang pernah mewakili Labuan di beberapa kejohanan  terpaksa berpuas hati untuk bergelar naib johan untuk menerima hadiah wang tunai RM800, sebuah piala iringan dan medal.

Tempat ketiga bersama masing masing dimenangi oleh pasukan KDM dan Minang FC menerima hadiah wang tunai RM600 setiap pasukan dan medal.

(Gambar kiri) PENJARING TERBANYAK… Ismail Din (kedua kiri) menerima hadiah daripada Bashir, (Gambar kanan) PENJAGA GOL TERBAIK…. Abd. Latif Nordin ( kedua kiri) menerima hadiah daripada Bashir.

Pada aksi Separuh Akhir pasukan Lavestar menewaskan  KDM 2-1 sekaligus melayakan diri ke peringkat akhir, manakala pasukan Complex FC mnenewaskan pasukan Minang dengan jaringan 1-0.

Pasukan Lavestar turut membolot semua kategori  kejohanan yang dipertandingkan dengan menyaksikan Jafar Sani dinobat sebagai Pemain Terbaik sepanjang kejohanan, Ismail Din Penjaring Terbanyak (5 gol) dan Penjaga Gol Terbaik  milik  Abd. Latif Nordin.

Sementara itu, majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias,

Hadir sama, Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA), Sophian Said, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan (JBS), Muhammad Syahfie Haji Japril, Pengarah Pusat  Koreksional Labuan (PKL), Kalbin Haji Mohd Said dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Labuan (MPP), Mohd Dzulfaizal Abdul Manan.

Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala Datuk Hassan Sani yang dianjurkan oleh LAFA dengan krjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan  disertai lapan pasukan yang terdiri daripada Lavestar FC, Complex FC, Minang FC, KDM, LA Mix FC, Pendidikan FC,  Genesis FC,  dan  High Quality FC.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN