30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

LAVESTAR adakan dua perlawanan persahabatan dengan Kelab veteran Bola Sepak dari Sabah

LABUAN: Dalam tempoh 24 jam pasukan bola sepak veteran Labuan dari kelab  LAVESTAR telah mwngadakan dua perlawanan bola sepak persahabatan dengan dua pasukan bola sepek veteran dari Sabah masing-masing dari kelab Keningau Super Veteran dan Tanjung Aru Beach FA, Kota Kinabalu.

PASUKAN KENINGAU SUPER VETERAN

Perlawanan pertama menyaksikan LAVESTAR yang diketuai oleh mantan  pemain pasukan Sabah era 80-an, Dul Alias berjaya menewaskan pasukan Keningau Super Veteran yang diketuai  Raheem Ahmad dengan jaringan 2-0.

Manakala dalam satu lagi perlawanan menyaksikan pasukan LAVESTAR  gagal memenangi perlawanan tersebut apabila pasukan itu hanya mampu seri 4-4 dengan pasukan pelawat Tanjung Aru Beach dari Kota Kinabalu yang diketuai oleh Yee Wee Onn.

CENDERAHATI… Dul Alias bertukar tukar cenderahari dengan ketua pasukan Tanjung Aru Beach Yee Wee On.

Menurut Dul Alias, antara pemain LAVESTAR yang diturunkan dalam menentang kedua-dua pasukan itu ialah  beliau sendiri, Roy Ismail, Ahmad Jasad Salali,Suhaili Maidin, Ramlan Haji Alias, Hamidon Wahid  dan seorang pemain import dari Scotland, Mr. Dod@ Daud.

Turut menyaksikan perlawanan yang diadakan di padang Sintetik Kompleks Sukan Labuan itu ialah legenda bola sepak negara, Datuk Hassan Sani.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN