Oleh: Jainudin Djimin
Labuan: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan akan melaksanakan sekatan pergerakan bersasar membabitkan lapan lokaliti (kampung) di pulau ini.
Pelaksanaan sekatan pergerakan bersasar itu akan mula berkuatkuasa pada 15 Jun (Selasa) sehingga 28 Jun 2021.
Lapan kampung (lokaliti) yang telah dikenalpasti sebagai lokaliti panas COVID 19 itu ialah Kawasan Bandar, Kampung Sungai Keling, Bukit Kalam, Patau-Patau Satu dan Dua Taman Mutiara, Layang-Layangan, Durian Tunjong dan Kampung Tanjung Aru.
Menurut Pengerusi JPBD Labuan Rithuan Ismail (gambar), sepanjang sekatan pergerakan bersasar dilaksanakan penduduk hanya boleh keluar kawasan jika mempunyai kes kecemasan sahaja.
Selain iti katanya, sekatan jalan raya akan ditambah dibeberapa lokasi strategik dilokaliti terbabit.
Manakala bekalan makanan akan diagihkan dan akan diseleraskan oleh JPBD mengikut kawasan bersasar.
“Perincian lain dan SOP pelaksanaan sekatan pergerakan bersasar akan diumumkan oleh JPBD dari masa ke semasa”, katanya.
Sementara itu, penduduk turut dinasihatkan agar tidak panik dan sentiasa mematuhi SOP PKPD yang telah dikuatkuasakan.