26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lapan keluarga di Labuan bakal dapat rumah baharu hasil kerja UMNO Labuan

MOHD RAFI bersama AJK UMNO Bahagian ketika melawat tapak rumah PPRT yang sedang dalam pembinaan di Kampung Sungai Miri.

LABUAN:Lapan buah keluarga yang menghadapi tempat tinggal yang kurang selamat bakal menikmati kehidupan yang lebih baik apabila Kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKD) telah meluluskan pembinaan rumah baharu di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kini sedang dalam pembinaan.

Kesemua lapan keluarga tersebut yang menerima berita mengembirakan itu menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada  UMNO Bahagian Labuan yang telah berusaha membantu dalam mendapatkan rumah baharu mereka.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, ini  adalah sebahagian usaha UMNO Bahagian Labuan untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan khususnya bantuan rumah PPRT.

“Permohonan mereka ini telah kita angkat kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Alhamdulillah semua permohonan yang kita angkat telah diluluskan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid” katanya ketika melawat tapak salah sebuah rumah PPRT yang akan di bina di Kampung Sungai Miri baru baru ini.

Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) berkata, inisiatif yang dijalankan ileh UMNO Bahagian Labuan itu bakal memastikan rakyat yang memerlukan bantuan dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Inisiatif ini juga katanya selari dengan matlamat UMNO yang mengutamakan kebajikan dan membela  rakyat sepanjang masa selain memperkukuhkan imej parti.

Jelasnya, lapan buah rumah yang diluluskan oleh KDW itu masing masing tiga di Kampung Layang Layangan dan masing masing sebuah di Kampung Sungai Labu, Kampung Sungai Miri,  Kampung Bukit Kalam, Kampung Ganggarak dan Rancha Rancha Laut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN