29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

LALUAN RANAU-TAMBUNAN KINI BOLEH DILALUI : JKR

RANAU: Laluan Ranau -Tambunan di kilometer 21.2, dekat Kampung Tungou di sini, yang ditutup sementara akibat tanah runtuh, kini boleh dilalui.

Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, Mac Glen Frederick Lojuman berkata, bagaimanapun hanya satu lorong dibuka buat sementara untuk membolehkan kenderaan dari kedua-dua arah melalui jalan tersebut.

“Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan pihak konsesi Globinaco Sdn Bhd ketika ini.

“Laluan akan dibuka sepenuhnya selepas kerja-kerja pembersihan siap dan selamat digunakan,” katanya kepada media.

Terdahulu, kejadian tanah runtuh itu disedari pengguna jalan lebih kurang jam 9 malam pada Jumaat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN