RANAU: (Jam12.13 pm)Laluan Ranau -Tambunan di kilometer 21.2, dekat Kampung Tungou di sini, ditutup sementara hari ini untuk kerja pembersihan jalan berikutan berlaku tanah runtuh malam tadi.
Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, Mac Glen Frederick Lojuman berkata, kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan pihak konsesi Globinaco Sdn Bhd.
“Pengguna jalan raya dari kedua-dua arah diminta menggunakan jalan Kota Kinabalu – Sandakan dan laluan alternatif iaitu Jalan Kiulu – Randagong.
“Pihak JKR mohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan berharap agar para pengguna jalan di kawasan ini dapat bersabar.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Diharapkan pengguna-pengguna jalanraya boleh menggunakan jalan alternatif sedia ada iaitu Jln Kota Kinabalu – Sandakan dan Jln Kiulu Pukak Rondugong jikalau. Diharapkan semua pengguna jalanraya boleh bersabar dan kami ingin memohon diatas kesulitan ini.
Terdahulu, kejadian tanah runtuh itu disedari pengguna jalan lebih kurang jam 9 malam pada Jumaat.